BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 12, 2012

PerMUlaAn SemeStER Baru...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Salam sayang untuk keluarga tercinta, sanak-saudara, sahabat-sahabat dan guru-guru. Lamanya tidak berblog..huhu..
Semester baru bermula. semua perasaan utuk menyesuaikan diri untuk semester baru bercampur aduk sedih+risau+terkejut. Sedih kerana berjauhan dengan keluarga tercinta. Perasaan bimbang dan risau menyelubungi "adakah aku boleh untuk melakukan yang lebih baik untuk semester ini??" Cepatnya masa berlalu dh abes cuti semester. Wahai hati kecilku bersabarlah demi mengecapi dan menggapai kejayaan,amiin.
Sahabat sekelas semuanya dah bertemu mata,berjabat salam mesra. Doa hati kecil ini semoga perkara-perkara yang bakal dan akan dilalui dengan tenang dan dirahmati-Nya,Amiin...
Semester ini bermulanya satu tugasan baru iaitu PROJEK PROPOSAL..Pemilihan supervisor dah dilakukan. Semoga Engkau memberi yang terbaik untukku YA ALLAH,Amiin...

0 comments: