BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 23, 2012

NGIT-ngit

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Salam sayang untuk semua...

Pengalaman semalam menaiki rengit memang terbaeekkk ah..hahhaa..Keluar rumah nak g beli nasi lemak perjalanan lama gara-gara naik rengit..hahahaa..dari pukul 8.45-9.30 perjalanan menaiki rengit..hahaha..dahla pakcik-pakcik bas tu macam-macam..haishhh...Balik-balik rumah terus makan dh tak tahan lapar!!!!!!!!

Kenangan ah dengan RENGIT...ahahha..

Saturday, September 22, 2012

PROjEk pROpOSAL

Assalamualaikum wbt...

Hari Jumaat-21 September 2012 adalah hari yang dinantikan oleh semua. Ini adalah hari 
penentu supervisor masing-masing...Jeng3...

Ada kawan-kawan yang dapat supervisor pilihan dan ada yang tak dapat. Kepada yang dapat ini adalah rezeki Allah dan bagi yang tak dapat ini adalah rezeki dan ketentuan dari Allah jugak..So, sekarang ni kita mesti bersyukur dengan apa yang dikurniakan. 

REDHA
BERSYUKUR

Ambo pulok dapat supervisor yang takde dalam senarai..huuuhhh...tapi ape-ape pom bersyukur kepada-Nya..

Ya ALLAH,
Kau permudahkanlah segala urusanku untuk mempersiapkan proposal dan projek dengan jayanya..Kau permudahkanlah juga perbincanganku dengan supervisor dan kami dapat mencari serta dapat idea yang baik untuk melengkapkan kerja-kerja kami. Kau permudahkan hubunganku sesama sahabat-sahabatku serta pensyarah-pensyarahku..
Amiin...

Aritu jugak p jumpa supervisor dan aritu jugak hendak diberi sampel fungi..waaa...terbaeek ah..ni nk bagitau ambo kena buat projek pasal kulat-kulat nih..
pening-pening lalat aritu,dahla bekerjar sana sini,naik bukit,tangga..keletihan..huhuu..

setakat ni dulu ye untuk kali ini..kali lain kita jumpa lagi..

Wednesday, September 12, 2012

PerMUlaAn SemeStER Baru...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Salam sayang untuk keluarga tercinta, sanak-saudara, sahabat-sahabat dan guru-guru. Lamanya tidak berblog..huhu..
Semester baru bermula. semua perasaan utuk menyesuaikan diri untuk semester baru bercampur aduk sedih+risau+terkejut. Sedih kerana berjauhan dengan keluarga tercinta. Perasaan bimbang dan risau menyelubungi "adakah aku boleh untuk melakukan yang lebih baik untuk semester ini??" Cepatnya masa berlalu dh abes cuti semester. Wahai hati kecilku bersabarlah demi mengecapi dan menggapai kejayaan,amiin.
Sahabat sekelas semuanya dah bertemu mata,berjabat salam mesra. Doa hati kecil ini semoga perkara-perkara yang bakal dan akan dilalui dengan tenang dan dirahmati-Nya,Amiin...
Semester ini bermulanya satu tugasan baru iaitu PROJEK PROPOSAL..Pemilihan supervisor dah dilakukan. Semoga Engkau memberi yang terbaik untukku YA ALLAH,Amiin...