BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 23, 2012

NGIT-ngit

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Salam sayang untuk semua...

Pengalaman semalam menaiki rengit memang terbaeekkk ah..hahhaa..Keluar rumah nak g beli nasi lemak perjalanan lama gara-gara naik rengit..hahahaa..dari pukul 8.45-9.30 perjalanan menaiki rengit..hahaha..dahla pakcik-pakcik bas tu macam-macam..haishhh...Balik-balik rumah terus makan dh tak tahan lapar!!!!!!!!

Kenangan ah dengan RENGIT...ahahha..

Saturday, September 22, 2012

PROjEk pROpOSAL

Assalamualaikum wbt...

Hari Jumaat-21 September 2012 adalah hari yang dinantikan oleh semua. Ini adalah hari 
penentu supervisor masing-masing...Jeng3...

Ada kawan-kawan yang dapat supervisor pilihan dan ada yang tak dapat. Kepada yang dapat ini adalah rezeki Allah dan bagi yang tak dapat ini adalah rezeki dan ketentuan dari Allah jugak..So, sekarang ni kita mesti bersyukur dengan apa yang dikurniakan. 

REDHA
BERSYUKUR

Ambo pulok dapat supervisor yang takde dalam senarai..huuuhhh...tapi ape-ape pom bersyukur kepada-Nya..

Ya ALLAH,
Kau permudahkanlah segala urusanku untuk mempersiapkan proposal dan projek dengan jayanya..Kau permudahkanlah juga perbincanganku dengan supervisor dan kami dapat mencari serta dapat idea yang baik untuk melengkapkan kerja-kerja kami. Kau permudahkan hubunganku sesama sahabat-sahabatku serta pensyarah-pensyarahku..
Amiin...

Aritu jugak p jumpa supervisor dan aritu jugak hendak diberi sampel fungi..waaa...terbaeek ah..ni nk bagitau ambo kena buat projek pasal kulat-kulat nih..
pening-pening lalat aritu,dahla bekerjar sana sini,naik bukit,tangga..keletihan..huhuu..

setakat ni dulu ye untuk kali ini..kali lain kita jumpa lagi..

Wednesday, September 12, 2012

PerMUlaAn SemeStER Baru...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Salam sayang untuk keluarga tercinta, sanak-saudara, sahabat-sahabat dan guru-guru. Lamanya tidak berblog..huhu..
Semester baru bermula. semua perasaan utuk menyesuaikan diri untuk semester baru bercampur aduk sedih+risau+terkejut. Sedih kerana berjauhan dengan keluarga tercinta. Perasaan bimbang dan risau menyelubungi "adakah aku boleh untuk melakukan yang lebih baik untuk semester ini??" Cepatnya masa berlalu dh abes cuti semester. Wahai hati kecilku bersabarlah demi mengecapi dan menggapai kejayaan,amiin.
Sahabat sekelas semuanya dah bertemu mata,berjabat salam mesra. Doa hati kecil ini semoga perkara-perkara yang bakal dan akan dilalui dengan tenang dan dirahmati-Nya,Amiin...
Semester ini bermulanya satu tugasan baru iaitu PROJEK PROPOSAL..Pemilihan supervisor dah dilakukan. Semoga Engkau memberi yang terbaik untukku YA ALLAH,Amiin...

Monday, May 21, 2012

Duhai Hati Bersabarlah

Bismillahirrahmanirrahim....

kenapa ye kalau seseorang tu stressssss,badmood or tkde moood libatkan orang yang tidak sepatutnya terlibat????????
KENAPA??
KENAPA??
KENAPA??
diri yang daif ni dh cuba try untuk tidak mengambil hati ayat yg senag la "tersentap"..huahua...tp entah la semakin dpkir balik memang terasa sangat-sangat tambah2 orang tu dh lama kita kenal...
asyik nk pikir hati dan perasaan orang je,diri sendiri macam mane????
THINK!!!!!!
solusinya untuk setakat ni:
       JAGA HATI dan PERASAAN SENDIRI.....
       nk harap org lain nk jaga,jgn harapla kecuali FAMILY kita(SAYANG ma,abah dan adik-adik)
     
memang tidak dinafikan semua orang mempunyai masalah,tapi seelokknya masalah itu tidak dicampur-adurkan dengan keadaan sekeliling bersama org ramai...try to solve the problem,find the best way to solve it...and the most important thing is always remember ALLAH..
        ALLAHUAKBAR..
        -mengadulah kepada-NYA
        -berDOAlah kepada-NYA
       : semua perkara dan masalah dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik...

carilah KETENANGAN diri degan:
-memperbanyakkan ZIKRULLAH,sentiasa mengingati ALLAH
-membaca ayat-ayat suci dalam KALAM-NYA yang memberi ketengan pada diri
-MUHASABAH diri untuk menjadi yang terbaik
-sentiasa MEMAAFKAN orang
-"SENYUM" terapi diri untuk sentiasa berfikiran positif dan ianya juga satu sedekah
-tidak menyakiti orang lain walaupun tau diri ini terluka...

ALLAH sentiasa bersama kita....

Sunday, May 20, 2012

KAMI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

mula-mula sekali ingin ku ucapkan terima kasih yang tidak ternilai kepada MA (MEK JAH BINTI AB RAHMAN) dan ABAH (CHE KAMARUZAMAN BIN ZAKARIA) kerana mendidik kami sehinga kini dan selama-lamanya...SAYANG MA dan ABAH..
Alhamdulillah bersyukur kepada-Nya adikku (Nurul Syahira) lulus semua subjek untuk semester ini..Alhamdulillah,Alhamdulillah...semoga semester2 hadapan semuanya lulus dan jangn lupa buat yang terbaik ye!!!!
kita sama2 berusaha...
dan kepada adik-adikku yang lain
    1.Nurul Atikah
    2.Nur Syamimi
    3.Muhammad firdaus
    4.Siti Nor Aishah
  belajar RAJIN2...semoga Allah memberkati kita belajar..
tidak lupa pada si cilik yang hebat Nur Sarah Aneesa dan Muhammad Ammar Fayyad,nanti besar jadi ank yang SOLEH dan SOLEHAH...
semua adik2 yang BAIK..

"Ya Allah,jadikanlah kami anak2 yang menjadi penyejuk mata bagi ma dan abah kami, menjadi anak yang SOLEH dan SOLEHAH, TAAT kepada PERINTAH ALLAH dan MENINGGALKAN LARANGAN-NYA,mendapat kejayaan di DUNIA dan di AKHIRAT,dan YA ALLAH BAHAGIAKANLAH KAMI SEKELUARGA di DUNIA dan di AKHIRAT" Aminnn....



Friday, January 20, 2012

PeRJaLAnAN...

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat Baginda..
Hari ni InsyaAllah diri ini akan memulakan perjalanan dari Shah Alam ke Seremban dan seterusnya ke Kuala Pilah..(kredit to Farisya Saufi dtg menjemput saya..thanks awok)..
Esoknya pula perjalanan kami berdua akan betolak ke Kelantan.."Ya Allah lindungilah dan selamatkanlah  perjalanan kami pulang ke kampung..Amin."


Perjalanan demi perjalanan mengajar kita erti sebuah kehidupan..
Pengalaman demi pengalaman memberi kita kematangan untuk meneruskan dan menjalani kehidupan ini..
Langkah demi langkah diteruskan demi mengejar cita-cita kerana-Mu dan unutk membahagiakan ibu dan ayahku yg tercinta...

                 Jauh perjalanan,luas pengalaman

Thursday, January 19, 2012

Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah bersyukur kepada-Nya
perjalanan untuk semester ini berjalan dengan jayanya.
study+exam sudah,hanya menunggu keputusannya..
skarang diri ini hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada-Nya...
 
         "Ya Allah, aku sudah melakukan apa yg termampu,
           sedaya kudrat ini, kini aku hanya berdoa dan bertawakkal
           serta berserah kepada-Mu...
           mudah-mudahan keputusannya okeh semua...."